Wednesday, February 16, 2011

Jebol Proxy dengan Ultrasurf

·

Internet kebiasaannya dihubungkan melalui sebuah modem ataupun wireless modem. Berbagai-bagai jenis pakej dan ISP yang ada di Malaysia bermula dari yang terbesar dimonopoli oleh Streamyx sehinggalah ke ISP yang lain seperti Celcom, Maxis, DiGi, P1 dan sebagainya. Tetapi ini hanyalah untuk kegunaan persendirian di rumah dan sebilangan kecil oleh syarikat swasta.
Akan tetapi, untuk sebuah organisasi yang besar tidak kiralah sama ada kerajaan, badan berkanun dan swasta, kebiasaannya akan menggunakan talian internet yang disewa atau dengan nama lain Lease Line. Ianya sememangnya antara pakej yang mahal dan tidak mampu dipakai oleh pengguna di rumah.
Sekiranya di rumah, kita bebas untuk menggunakan internet dengan tanpa batasan. Apa sahaja maklumat yang dikehendaki semuanya di hujung jari. Berbeza pula di dalam organisasi besar seperti kerajaan, badan berkanun dan swasta. Mereka mempunyai polisi tertentu yang menghadkan penggunaan internet di kalangan pekerja.
Sebahagian organisasi menggunakan proxy untuk menapis dan menghadkan pengguna yang layak sahaja melayari internet. Sekiranya perkara seperti ini berlaku, akan timbul rasa tidak senang di kalangan pekerja yang tidak dapat talian internet. Akan tetapi terdapat software yang boleh bypass proxy tersebut untuk melayari internet. Ianya dinamakan Ultrasurf.


Software Ultrasurf boleh didapati di www.ultrareach.com dan saiz software ini kecil dan ianya adalah percuma. Disebabkan proxy yang ada semakin canggih dan berbagai jenis polisi dimasukkan ke dalam proxy untuk menghalang daripada bypass, maka Ultrasurf juga sentiasa update dari semasa ke semasa untuk mengelak dari disekat oleh proxy.

0 comments:

Followers